Selain memperjuangkan agenda yang terdapat dalam manifesto Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjanji akan mengurangkan anggota Kabinetnya jika kembali dipilih sebagai Perdana Menteri.<br /><br />Katanya, saiz Kabinet yang terlalu besar sering menjadi topik perbualan rakyat dan beliau sedar rasional untuk mengecilkannya.